Tuesday, November 09, 2010

Nurses...!!


Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah seseorang yang bertugas sebagai penjagaan profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.
Jabatan kejururawatan adalah [plan penjagaan jururawat, plan penjagaan], kadang-kadang memerlukannya bekerjasama dengan ahli fizik, ahli terapi,pesakit, keluarga pesakit dan rakan sejawat.Di united state dan united kingdom,[latihan kejururawatan], seperti [pakar klinik kerujurwatan] dan [jururawat terlatih],diagnosis masalah kesihatan dan menentukan [pengubatan]dan lain-lain terapi.jururawat akan membantu koordinat membantu menjaga pesakit yang dijalankan oleh ahli kesihatan yang lain seperti ahli terapi, pembantu perubatan terlatih, pakar pemakanan dan lain-lain. jururawat akan menyediakan segala tugasan antara satu-satu jabatan contonya seperti dengan ahli terapi dan pakar jururawat.
Pada zaman maju sekarang, jururawat bukan hanya perempuan malahan di negara-negara lain, terdapat ramai jururawat lelaki. Dan di Malaysia, fenomena ini telah kelihatan sejak 5 tahun yang lepas di mana terdapat jururawat lelaki di Kolej Kejururawatan dan Universiti Tempatan yang menawarkan program Diploma Kejururawatan dan Ijazah Kejururawatan.
Semasa saya kecil dahulu, saya memang mengelakkan diri dari bercita-cita untuk menjadi jururawat kerana kemungkinan besar setelah mendengar berbagai cerita orang-orang tua yang menganggap kerjaya jururawat ini adalah kerjaya “low class” atau kerjaya pilihan terakhir dan kemungkinan besar tidak mahu bermenantukan seorang jururawat.Kemungkinan menurut mereka kerjaya jururawat yang bergelumang dengan najis pesakit, darah, nanah, muntah dan air kencing pesakit amat menjijikkan.
Dan pada pemikiran mereka, jururawat-jururawat ini berpelajaran rendah dan berperangai “ala-ala gedik”. Kemungkinan memang berlaku mereka yang gedik tetapi tidak semua berperangai sedemikian. So pemikiran sedemikian lah yang patut diubah.
So dengan perededaran zaman menuju teknologi baru, pemikiran manusia juga perlu diubah. Persepsi mereka juga perlu diubah menjadi lebih luas dan terbuka.Dan pada zaman ini, kita dapat melihat Kolej Kejururawatan tempatan dan swasta telah banyak ditubuhkan ibarat cendawan tumbuh. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kolej tersebut kerana menurut satu kajian, kerjaya jururawat pada zaman sekarang adalah kerjaya demand yang paling ramai samada di dalam dan luar negara. Gaji yang ditawarkan juga tinggi dan ditambah dengan elaun kritikal yang mereka terima.
Sekarang, setelah saya berada di alam kerjaya, saya dapat melihat kerjaya ini semakin diminati ramai dan permintaan jururawat Malaysia untuk bekerja di luar negara juga bertambah. Pada masa sekarang, jururawat Malaysia ramai yang bekerja di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi,Qatar, Abu Dhabi, Dubai dan Bahrain dan gaji yang ditawarkan adalah bermula dari RM9000 ke atas bergantung pada jawatan seseorang jururawat.
Pada masa yang sama, Malaysia masih mempunya masalah kekurangan jururawat dan terpaksa mengambil jururawat dari Filipina dan India. Ini kerana, tawaran gaji yang lumayan yang diterima diluar berbanding di Malaysia. Untuk mengelakkan negara mengambil jururawat dari luar, kerajaan perlu meneliti semula tangga gaji jururawat di Malaysia untuk mengelakkan penghijrahan beramai-ramai jururawat ke luar negera.
Artikel ini saya ambil dari seseorang...pada asalnya bidang kejururawatan diada langsung dalam kamus hidup saya...dan saya tidak terfikir untuk berada dalan bidang ini. Mungkin tuhan dah tentukan ini lah jalan cerita hidup saya.
Tapi sekarang saya jadi tak sabar untuk bekerja di luar negara. Bukan semua orang bertuah untuk bekerja di luar negara dengan gaji yang besar. Tapi apa pun niat saya pergi kejap tiap-tiap hari perlu dibetulkan...

Saya kena ikhlaskan hati dan betulkan niat saya untuk menjaga dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pesakit-pesakit saya. Bila fikir semula, ada ke tak orang lain yang bukan dalam bidang jururawat ni sanggup buat kerja macam kami...rasanya ada yang hilang sabar. Maklumlah kami menjaga orang sakit, bukan orang sihat. Faham-faham jer la kalau jaga orang sakit ni. Macam-macam ragam. Lebih-lebuh lagi pesakit yang langsung tiada kudrat untuk mejaga diri sendiri...kami kena mandikan mereka, basuh najis mereka kalau kotor. 

Tapi saya dapat manfaat bila saya ambil bidang ini. dan saya rasa saya tidak salah memilih kerjaya hidup saya. Saya tak perlu risau tentang orang tua saya, atau mungkin anak dan suami saya jatuh sakit nanti. sebab saya tahu macam mana untuk menjaga mereka. 

*p/s : tiba-tiba rasa manusia paling bertuah..=p


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...