 | INI ADALAH KATA-KATA UTAMA PENUBUHAN KASIBAN FAMILY.... (2010) Insyallah... Sekiranya diizinkan Allah... Program Hari Keluarga Besar Kasiban's Family akan diadakan pada masa 3 tahun akan datang (tertakluk kepada pindaan), Justru dipohon kepada semua anak, cucu,cicit dan piut kasiban dapat meluangkan masa sedikit untuk berkerjasama membuat akaun di laman web (Facebook)bagi kemudahan segala urusan berkaitan pengumpulan maklumat keluarga. Matlamat dan Objektif utama adalah untuk mengenalpasti, mengumpul data maklumat terkini kearah kembali bersatu dan mengeratkan hubungah tali silaturahim yang sudah lama terputus serta dapat kenal mengenali diantara satu dengan lain. Antara lain Objektif: •Meneruskan hubungan generasi Kasiban supaya dapat saling kenal mengenali di antara satu sama lain terutama generasi yang akan datang; •Menjaga kebajikan di kalangan keluarga Kasiban dengan cara mengambil sikap ambil tahu dalam kalangan keluarga dan membangunkan ekonomi Kasiban's Family agar dapat saling bantu membatu; dan •Kerap mengadakan perjumpaan keluarga dari semasa ke semasa. Sekian terima Kasih MOHAMAD SALAN Pengerusi Kelab Kasiban'n Family |
No comments:
Post a Comment