 | As Salam mualaikum Wbrkt. Kepada Semua Ahli Persatuan Warisan Kasiban (PWK) Pak Lurah sebagai Pengerusi merasakan telah selesai bagi urusan mengumpulkan semua senarai nama bagi Susur galur Genarasi Pesatuan Warisan Kasiban (PWK). Cuma terdapat sedikit nama yang kelahiran terbaru tahun 2012 dan 2013 belum dikemaskinikan. Kini...hanya tinggal beberaa bulan lagi, lebih kurang 4 (empat) bulan lebih...... maka akan sampai masa yang saya janjikan pertemuan Keluarga Besar (Keseluruhannya) maksud saya tiada satu 9 keluarga yang terkecuali. Namun.... setakat makluman ini diwar-warkan, banyak halangan-halangan bagi membolehkan 9 keluarga kecil ini bagi mengadakan Hari Keluarga masing-masing. 9 Keluarga mesti bertemu dan berbincang dan melantik ketua masing-masing untuk dilaporkan kepada Pengerusi/Setiausaha persatuan. Setakat hari ini terdapat sebilangan kecil yang berjaya mengadakan Hari Keluarga dan dapat menyatukan keluarga yang kecil (9 Keluarga kasiban). Pada pandangan Pengerusi Persatuan PWK dan dapat simpulkan disini... Oleh kerana masih ramai lagi dari 9 keluarga genarasi kedua belum dapat mengadakan hari keluarga masing-masing, membuat pertemuan dan perbincangan seperti yang dimaksudkan, Saya merasakan tentulah sukar untuk dilaksanakan Hari Pertemuan yang saya janjikan pada awal penubuhan persatuan kita. Perpatah menyebutkan......"Kalaulah yang keluarga yang kecil kita tak dapat menyatukan.... Apatah lagi keluarga yang besar..." Justeru....Persatuan memberi tempoh masa 3 tahun lagi (25 Disember 2016) Tarikh PERHIMPUNAN KELUARGA TERBESAR. Kita sama-sama tentukan dan jayakan Pertemuan Keluarga Besar ini akan berlaku. Kita perlu pengorbanan... Sokongan... Kita perlu kesatuan suara dan berusaha bersungguh kearah mencapai objektif, matlamat atau tujuan yang kita sama tentukan. Insyallah kita akan dapat bertemu disuatu masa yang kita tentukan. MOHAMAD SALAN Pengerusi PWK MAC 2013 |
No comments:
Post a Comment