Monday, August 12, 2013

[Kasiban's Family] Hari ini dapat emel soalan tentang poligami,...

Mohd Hanif
Mohd Hanif 12:07am Aug 12
Hari ini dapat emel soalan tentang poligami, tiba-tiba hari ini jua dapat berita Dr. Zaharuddin menikahi isteri kedua

Seperti biasa, sebagaimana komen-komen yang timbul ketika pernikahan Ustaz Azhar Idrus, timbul jua kali ini.

1- Yang menyibuk-nyibuk beri komen kenapa? Anda itu anak si pengamal poligami kah? Ahli keluarga mereka kah? Jiran mereka kah? Sungguh ramai penyibuk yang suka beri komen tentang hal keluarga orang lain sedangkan satu patah habuk pun mereka tak tahu menahu tentang keluarga yang dikomen. Ustaz mahu poligami kah, kahwin seorang kah, membujang kah, yang menyibuk nak kata patut atau tidak itu kenapa? Tidak ada kerja lain daripada jaga tepi kain orang?

2- Dulu-dulu ada 'Muslimah Solehah' kata tengok yang poligami kebanyakan lelaki entah apa-apa, ustaz-ustaz yang bagus-bagus mana ada mahu poligami. Nah! Ini apa?

3- Maka mereka berhujah lagi, nabi s.a.w hidup lama dengan Khadijah r.a, hanya poligami selepas Khadijah r.a meninggal dunia. Okey, kakak-kakak sekalian, rajinkan meneliti ayat poligami ini turun bila, dan Khadijah r.a meninggal dunia bila. HAKIKAT: Nabi s.a.w meninggal dunia dalam keadaan poligami.

4- Kalau kahwin nak amal sunnah, maka kahwin lah dengan janda, kenapa anak dara? Okey, kakak-kakak nanti ada anak bujang, suruh mereka kahwin janda ya sebagai isteri pertama. Kemudian tunggu janda itu meninggal dunia, baru kahwin anak dara, lepas itu baru poligami. Kan akak kata itu sunnah sebab isteri pertama nabi s.a.w adalah janda, Khadijah adalah janda, bukan anak dara.

5- Kalau kahwin nak ikut sunnah tak apa, tetapi poligami kebanyakan orang ikut hawa nafsu. Kakak-kakak sekalian, akak dulu kahwin dengan suami akak sebab sunnah atau nafsu? Suami akak pilih akak sebab sunnah atau nafsu?

6- Banyak lagi sunnah lain tak terbuat, sibuk nak poligami. Okey, lepas ini akak ada anak bujang dan anak dara, jangan bagi mereka bernikah ya, suruh mereka buat sunnah lain dulu. Banyak lagi sunnah kah, minum pun tangan kiri, ada mimpi nak jadi bini orang. Kan kena ikut sunnah lain dulu baru boleh nikah.

7- Akhir kalam: Bila timbul isu poligami, Muslimah yang nampak solehah pun menulis seolah-olah manusia yang tiada agama, tiada rasional dan sebagainya.

Ya, boleh jadi akak ditakdirkan dapat suami yang perangai macam binatang, tetapi jangan ingat semua suami atau suami orang lain macam suami akak!

Suami yang perangai macam binatang, tak payah tunggu poligami, satu isteri pun dia gagal berlaku adil, tidak berkahwin pun dia akan menzalimi orang lain.

Berapa ramai yang hanya kahwin 1 tetapi tetap jua menzalimi isteri mereka. Kenapa kakak-kakak tidak mahu keluar 'fatwa' bahawa nikah itu zalim?

P/s: Saya fed-up baca komen-komen Muslimah yang naik 'syeh' bila isu poligami muncul, sebagaimana saya rimas dengan lelaki yang menjadikan isu poligami sebagai bahan senda gurau tanpa mempedulikan perasaan kaum Muslimah di sekeliling mereka.

View Post on Facebook · Edit Email Settings · Reply to this email to add a comment.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...