Tuesday, April 16, 2013

[Kasiban's Family] JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PWK KALI 2

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PWK KALI 2 Semua...
Mohamad Salan 10:44am Apr 16
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PWK KALI 2

Semua Ahli Jawatan Kuasa Induk PWK 2010 - 2012
Semua Ahli Keluarga PWK

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN WARISAN KASIBAN (PWK)

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian semua Ahli Persatuan Warisan Kasiban (PWK) bahawa Mesyuarat Agung Kali 2 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 25 Mei 2013 (Sabtu)
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Rumah Samsuri b. Hj Jamari @ Panggilan manja Osman
Alamat : No.109. Felda Pemanis 1, 85009, Segamat, JOHOR
Telefon : 012-7623180

2. Sehubungan itu, dijemput kepada semua Ahli Jawatan Kuasa PWK Induk 2010 - 2012 dan Ahli PWK ke Mesyuarat Agung Kali 2.

3. Setiap 9 Keluarga genarasi awal PWK diwajibkan menghantar 3 orang wakil ke mesyuarat bagi mewakili keluarga masing-masing.

4. Pengerusi PWK mengharapkan kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Induk 2010 - 2012 dan Ahli PWK melapangkan masa dan jangan menguzurkan diri pada tarikh dan masa tersebut hadir bersama-sama menjayakan mesyuarat agung kali inui demi kebaikan persatuan PWK.

Sekian, terima kasih.

"SAYANGI GENARASI KASIBAN"


MOHAMAD SALAN
Pengerusi
Persatuan Warisan Kasiban

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit 2010 - 2012
3. Pengesahan Laporan Aktiviti 2010 – 2012
4. Pengesahan Laporan Kewangan 2010 – 2012
5. Pembubaran AJK Induk 2010 – 2012
5.1. Melantik Pengerusi Tetap Mesyuarat
5.2. Melantik 2 Orang Pencatat Minit
5.3. Melantik AJK Induk PWK 2013 – 2015
6. Perbincangan Aktiviti 2013
7. Hal-hal lain
8. Ucapan Penangguhan

LAMPIRAN

Perbincangan Aktiviti PWK 2013

1. Nama Aktiviti:……………………………………………………………….
2. Atur Cara Majlis
2.1. Sambutan Harijadi 2013
2.2. Pertandingan Karaoke
2.3. Cabutan Bertuah
2.4. Kuiz Keluarga
2.5. Pengenalan Ahli Keluarga
2.6. Cadangan Lain
3. Penubuhan AJK Pelaksana
3.1. Pengarah/Urusetia Majlis
3.2. Pengacara Majlis
3.3. Penyambut Tetamu
3.4. Ketua Jamuan/Menu Hidangan
3.5. Persiapan/Peralatan (Canopy, Kerusi, Pentas, Pembesar Suara dll)
4. Pakaian Rasmi
5. Hal-Hal Lain

View Post on Facebook · Edit Email Settings · Reply to this email to add a comment.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...