Wa....hari ni baru rasa ok sikit...
Sebelum ni tak larat nak update blog ni...
Onset fever selepas mengalami kekalahan teruk
Anyway, walaupun balik tanpa hadiah tapi seronok sebab dapat makan macam-macam
selepas cekpoint ke tiga our team memang kalah teruk...
Kami jadi orang last sampai di cekpoint ke 4 dan ke 5
Alang-alang dah kalah kan
so, kitaorang pun makan la slow-slow
menikmati makanan yang dihidangkan
kalau rushing ke sana sini pun tetap tak menang
sebab hadiah untuk tempat pertama dan kedua sahaja
dahl la ada 15 group
tak ke tipis tu
Nasib baik niat sertai benda ni nak makan
Kalau niat nak menan gkompem frust gila
Masa mula-mula tiba di cekponit pertama lagi dah problem
1. Laptop yang disediakan rupanya bateri dia K.O, so setiap kali nak berblog kena cari plag..kena berebut plag kat tempat tu
2. Laptop tu rupanya tak leh nak masuk memory card camera...satu hal plak sebab semua tak bawa Card Reader..so terpaksa ambik gambar guna iPhone
3. Tertinggal beg laptop di cek point ke 3...ni semua gara-gara kalut...bila begnya tertinggal..secara automatiknya kitaorg tak leh nak online terus...
4. kami semua dalam dilema sama ada nak patah balik kat cek point ke 3 atau sebaliknya...nasib baik marshal dah tolong ambikkan beg tu...kalau tau haru gak la nak ganti benda tu
5. iPhone n Laptop kehabisan bateri. Bayangkan la kitaorang nak cari cek point seterusnya
6. Semasa cek point ke 2 kitaorang salah tempat so trerpaksa u-turn balik..memakan masa yang lama.
7. GPS iPhone really bad menyebabkan kami tersesat..so...dah buang masa selama sejam
8. We are the last team yang sampai...orang lain siap dah makan kat Modesto...hehe..sebab kitaorang lambt memang disengajakan...dah kalahkan buat apa nak cepat..
9. Marshal di The Dancing Fish's Restauran ( high class restaurant) pelik macam mana kitaorang leh sampai kat tempat tu sedangkan marshall kat cekpoint yang last takde kat tempat tu..jawapan nya kitaorang tengok dalam twitter..sebab tu kitaorang tak memerlukan talian hayat yang diberi...huhu
Dan apabikla tiba di rumah....Cik Rose mengalami demam..tak tau sebab apa...agaknya makan banyak sangat. dari start game sampai la habis game kerjanya makan je...
Thank You Nuffnang and Maxis
No comments:
Post a Comment