Salam Semua
Harap Tiada Yang Bosan Untuk Terus Membaca Blog Cik Rose
Mana Tau Kot ada yang kat luar tu dalam hati berkata-kata
"Entah apa-apa dia ni" (mana la tau kan)
Anyway Cik Rose nak masuk contest ni sebab nak disenarikan di dalam Diantara 500 blog tersebut di mana 1 pertandingan ringkas akan dibuat untuk mencari harta karun di dalam blog yang telah disenaraikan
Jadi Untuk Tahu Lebih Lanjut Sila lah melawat blog Mr. Ben Ashaari
Untuk memenuhi syarat penyertaan Cik Rose perlu bercerita sedikit sebanyak tentang diri Cik Rose serta tujuan Cik Rose menjadi Blogger.
Rose bukan lah nama sebenar. Tapi teramatla selesa dengan panggilan tersebut. Nampak mesra gitu.
Rata-rata rakan blog memanggil dengan nama Rose. Cik Rose baru sahaja balik bercuti setelah berjaya menamatkan pengajian di Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu. Jadi Nurse la Cik Rose tak lama lagi.
Disebabkan 3 tahun menetap di Kuala Terengganu, maka secara tidak langsung cara Cik Rose cakap pun dah macam orang sana. Cik Rose suka sangat dengan Artis Korea tadi takde la obses sangat. Bak kata orang mereka ni muka jambu...Betul ke?
Balik dari KT 2,3 hari lepas Cik Rose bawa balik 1 kotak Novel Cik Rose yang berjaya Cik rose simpan selama ni. Walaupun tak de la banyak sangat pun tapi cukup untuk buat Adik-Adik Cik Rose terkejut. Suka sangat-sangat baca novel. Bukan minah jiwang tapi mencari sedikit ilmu melalui pembacaan yang kita minat. Tak salahkan.
Tujuan Cik rose nak jadi Blogger ni sebenarnya Cik Rose nak kongsi Cerita dengan semua orang. Sentiasa berkomunikasi walau dengan apa cara sekalipun untuk menambahkan ilmu di dada. Melalui Blog kita akan dapat kenal dengan ramai Blogger lain yang kita tak kenal siapakah dia. Dan yang paling utama Cik Rose sebenarnya sedang bertanding dengan Adik-adik Cik Rose ::Ummie:: , ::Cik Ladies, ::Dik Nor:: blog sape paling cantik dan ramai followers.
Rasanya...Cik Rose akan berhenti di sini untuk seketika..dan mungkin kita akan bercerita di lain hari plak...Nanti ada pulak yang bosan baca Entry ni....
No comments:
Post a Comment