Monday, March 03, 2014

[Kasiban's Family] Ucapan Pengerusi PWK 2014 - 2016

Mohamad Salan
Mohamad Salan 9:17am Mar 3
Ucapan Pengerusi PWK 2014 - 2016

Assalammualaikum Wbrkt

1. Alhamdulillah segala puji-pujian tertumpu kepada Allah, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. Bersama-sama kita panjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T dengan izin dan khinayahnya, Persatuan Warisan Kasiban (PWK) telah Berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama yang telah diadakan di Rumah anak bungsu Allahyarham Haji Kasiban bin Haji Idris bin Haji Hassan Encik Rahmat Kasiban.

2. Sekalung penghargan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang mewakili ahli PWK, kerana memberi kepercayaan sekali lagi kepada saya untuk memimpin persatuan ini bagi sesi 2014 -2016.

3. Ucapan Tahniah juga dirakamkan kepada Ahli Jawatan Kuasa PWK yang baru dilantik. Ayuhlah kita bersama-samalah kita bangunkan PWK. Disini juga kita panjatkan doa kepada Allah S.W.T semuga kerja-kerja amal yang sama kita bangunkan akan mendapat keredhaan dan rahmat.

4. Ucapan terima kasih yang tidah terhingga juga kita dirakamkan khususnya kepada Pak Usu dan Mak Usu serta ahli keluarganya yang telah bersusah-payah membuat persiapan, makanan semasa mesyuarat agung dilaksanakan, Jazakallah Khairan Kasiro kepada Pak Usu dan Mak Usu dan ahli keluarga, semuga Allah jua membalasnya.

Semua sedulurku yang budiman.

5. Insyallah perancangan misi dan visi bagi sesi 2014 -2016 persatuan adalah berpandukan kepada objektif persatuan ini ditubuhkan diantaranya seperti berikut:

Meneruskan hubungan generasi Kasiban supaya dapat saling kenal mengenali di antara satu sama lain terutama generasi yang akan datang;
Menjaga kebajikan di kalangan keluarga Kasiban dengan cara mengambil sikap ambil tahu dalam kalangan keluarga dan membangunkan ekonomi PWK agar dapat saling bantu membatu; dan
Kerap mengadakan perjumpaan keluarga dari semasa ke semasa.

6. Sehubungan dengan itu, bagi sesi tahun 2014 – 2016 ini focus utama PWK adalah untuk mengukuh dan memantapkan kedudukan kewangan persatuan, sekirayanya ini berjalan lancar program-program kebajikan PWK dapat dilaksanakan pada tahun ini.

7. Biro-biro yang ditubuhkan dan telah dipersetujui akan diaktifkan semula terutamanya biro kebajikan, biro ini sejak ditubuhkan tidak dapat berfungsi dengan baik dan tidak dapat dimunafaatkan disebabkan kedudukan kewangan kita tidak memberangsangkan.

8. Pada tahun 2014 Bendahari akan memainkan peranan utama, saya akan sentiasa memastikan semua kutipan yuaran pendaftaran keluarga dan yuran bulanan yang telah dipersetujui akan dikutip dengan sebaik-baiknya.

9. Kutipan pendaftaran dan yuran bulanan ini akan dipulangkan juga kepada semua ahli PWK dengan diwujudkan program yang membolehkan wang ini disalurkan, contohnya:

1. Program PWK Cemerlang
2. Hari Keluarga
3. Perjumpaan Hari Raya
4. Sambutan Hari Lahir
5. Cemerlang dalam Akedemik
6. Bantuan Kesusahan Semasa Kecemasan
7. Bantuan Pinjaman Majlis Perkahwinan
8. Hadiah Perkahwinan Ahli Persatuan
9. Ziarah semasa sakit
10. Kemalangan
11. Kematian
12. Dan Lain-Lain

10. Insyallah pada mesyuarat 22 Mac 2014 (Sabtu) ini akan diadakan mesyuarat induk Ahli Jawatan Kuasa PWK 1/2014 di rumah Encik Hashim bin Sarpan dibincangkan dengan lebih perinci perkara tersebut dan akan dimaklumkan kepada semua Ahli.

11. Program Le Tour De PWK akan diujudkan, program ini adalah untuk menziarahi ahli PWK ke rumah-rumah bagi mengemaskini maklumat keluarga secara terperinci disamping mengutip yuran pendaftaran dan bulanan. Program ini akan melibatkan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

Semua rancangkan ini memerlukan kerjasama dari semua ahli PWK. Kecemerlangan Persatuan adalah terletak dibahu kita bersama. Maju mundur persatuan di atas sokongan dan keperhatian semua.

Justeru, saya menyarankan marilah kita bersama-sama menujuk puncak kecemerlangan PWK dan Genarasi Kasiban yang akan dating.

"SAYANGILAH GENARASI KASIBAN"

HAJI MOHAMAD BIN HAJI SALAN BIN HAJI KASIBAN BIN HAJI IDRIS BIN HAJI HASSAN
Pengerusi
Persatuan Warisan Kasiban.
Mac 2014

View Post on Facebook · Edit Email Settings · Reply to this email to add a comment.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...