Thursday, February 27, 2014

[Kasiban's Family] Semua Ahli Persatuan Warisan Kasiban

Mohamad Salan
Mohamad Salan 1:17pm Feb 27
Semua Ahli Persatuan Warisan Kasiban
MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA PERSATUAN WARISAN KASIBAN (PWK)
Sukacita dimaklumkan bahawa Usia Persatuan Warisan Kasiban (PWK) 3 tahun 2 bulan pada (Jumaat - 28 Feb 2014). Memandangkan Persatuan belum pernah mengadakan Mesyuarat AgungNya, maka Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Warisan Kasiban akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 1 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 10 Pagi
Tempat : Rumah Pak Usu (Rahmat bin Hj. Kasiban) 32, Jalan Tepi, Rumah Murah Sri Lalang, 86000, Kluang.
Sehubungan dengan itu, mohon kepada semua Ahli Persatuan Warisan Kasiban dapat melapangkan masa untuk hadir bagi tujuan seperti di atas.
Kerjasama dan perhatian semua ahli persatuan adalah bagi kebaikan dan masa depan PWK amatlah dihargai.
Sekian terima kasih.
"SAYANGILAH GENARASI KASIBAN"

HAJI MOHAMAD BIN HAJI SALAN@HAJI MOHD SAID BIN HAJI KASIBAN
Pengerusi
Persatuan Warisan Kasiban
25 Dis 2010 - 2014
Cicit Haji Kasiban

Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Warisan Kasiban
Tarikh : 01 Mac 2014 (Sabtu)
Tempat : Rumah Pak Usu ( Rahmat) Kluang, Johor
Masa : 10.00 pagi
Agenda:
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu
3. Membentang Laporan:
3.1. Membentangkan laporan Kebajikan dan Sosial 2010 - 2013
3.2. Membentangkan laporan Kewangan 2010 - 2013
4. Perkara Berbangkit.
5. Pembubaran Jawatan Kuasa 25 Dis 2010 – 2014
6. Perlantikan Pengerusi Sementara dan Dua Orang Pencatit Minit
7. Perlantikan Pengerusi/Setiausaha/Bendahari Sesi 2014 – 2016
8. Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa Sesi 2014 – 2016
9. Perlantikan 2 Orang Juruaudit PWK 2014 - 2016
10. Keputusan Pemilihan Jawatan Kuasa PWK Sesi 2014 – 2016

View Post on Facebook · Edit Email Settings · Reply to this email to add a comment.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...