 | Tips Menghafaz al-Quran 1. Kita mudah ingat sesuatu lagu walaupun bahasanya kita tak/kurang faham, kerana ia PENDEK, BERLAGU dan anda SUKAKANNYA. 2. Jadi, cari di Youtube sebarang potongan PENDEK bacaan ayat al-quran yang BERLAGU dan anda SUKA. 3. Muat turun sama ada melalui IDM, KeepVid (klip), SnipMP3 (mp3) atau lain-lain software. 4. Mainkan.. ULANG.. ULANG.. ULANG DAN ULANG sebagaimana anda selalu ulang lagu-lagu kegemaran. 5. Anda tak perlu ikut membaca pada awalnya, cuma DENGAR dan BERI PERHATIAN sambil melakukan tugasan seharian anda. 6. Ia pasti mengambil masa, bergantung kepada tempoh bacaan ayat-ayat tersebut, bilangan ulangan serta komitmen anda. 7. Akhirnya sampai suatu masa anda akan turut boleh sama-sama melagukan ayat-ayat tersebut, tanpa merujuk 'liriknya' pun lagi. Sama seperti anda hafal lagu-lagu kegemaran, kan? 8. Kini, anda perlu MERUJUK AL-QURAN untuk melihat serta memastikan bacaan anda adalah betul. 9. Eh, anda sudahpun menghafal potongan ayat-ayat tersebut! Tahniah. 10. Betulkan niat, dan selamat mencuba! |
No comments:
Post a Comment