Wednesday, February 16, 2011

Dah Lama Tak UPdate!!

Assalamualaikum
Selamat PAgi!

puNYA LA Tak Update blog dah berkurun
BAnyak benda kena settle
Macam-macam problem menimpa sampai takde mood nak update blog
BCR pun CR lama tak join
Sebab setiap kali masuk macam takde orang nak layan jer
So...lebih baik membelahkan diri

2,3 hari ni banyak betul benda berlaku
Tapi yang paling berkesan pada CR ialah tentang kawan CR
Hish...last minute macam boleh plak nak tarik diri dari duk umah sewa tu
CR ni beria nak cari tmpt untuk dia n CR
Dia kata nak duduk sekali
CR sampai tolak pelawaan kawan abang CR 
Kalau pikirkan CR sorng memang dah ada tempat tinggal
Tapi PIkirkan Dia CR cari la gak umah sewa yang sesuai
Last dia tak nak..
Memang bengang teramat sangat tahap gaban
Kalau Tak nak cakap la awal2
Ni dah menyusahkan orang namanya....
Bila jadi macam ni terus niat dalam tak ikhlas dah nak tolong dia
Buat bazirkan bil telefon CR jerdok call sana...call sini...


Kawan Senang Nak Cari...
Sahabat Sejati Sukar Untuk Kita Temui
Yang Sanggup Susah Dan Senang Bersama

Friday, February 11, 2011

Ajan Dah Mula Berdikari

My Lovely Bro


Terharu nya CR bila tau adik bongsu CR sudah mula mahu berdikARi tanPa BantuAn sesIapa. Ajan @ Adik dulu suka mengarah kami kakak2, umi n abah dia untuk minta macam-macam. Even nak air masak pun dia suruh kitaorang ambilkan. Kadang-kadang tu dlu sampai kan nak cedok nasi dalam pinggan pun dia suruh kita buatkan. Bongsu katakan. Secara Automatik semua yang di arahkan kami buat. Nak buat macam dia yang kecik sekali. Ikut je la. Tapi kisah yang baru berlaku ni betul2 menghayat hati CR and CL sampaikan Tak Terkata kami dibuatnya

10 February 2010 @ 1.30pm

Ajan baru pulang dari sekolah. Sambil buka kasut sekolah and cabut stokin dari kakinya yang MAcham itu menyanyi keriangan. Mood dia nampak baik hari ni. MAsuk rumah terus Letak beg sekolah atas sofa. CR and CL time tu tengah mengadap laptop masing-masing. Tanpa menukar pakaian sekolah dia terus gi dapur. Dengar la bunyi sudu and sudip jatuh. *kelentang-kelentung

Dari dapur

Ajan : Sapa la buat tu?

Padahal dia yang jatuh kan. CR ingatkan kucing. CR pun buat tak tau jer. (kejam* kejam*)
Ajan ambik kuali. 
Dia basuh kuali
Lap kuali
Sampaikan semua benda kat situ jatuh
CL pun datang dapur

CL : Jan, ko nak masak apa?
Ajan : Masak telur la..
CL : erk...telur mana ada..da abis da..

Dengan muka hampa dia gi depan terus main dengan kawan-kawan dia. Kesianya dia. CR and CL baru jer nak tengok dia berani buka api dapur n masak telur.

Dari dalam bilik CR dengar bunyi macam orang basuh pinggan. CR ingatkan CL nak masak. CR pun gi la dapur. Bila Jengah jer Dapur tengok Ajan dengaN baju sekolah tengaH cuci periuk Nasi kat Sinki. 
(erk~terharunya adik sorang ni) Dia Lapar la tu sampai sanggup masak nasi sendiri.

CR : Dik, nak masak nasi ker?
Ajan : A'ah. MAsak Nasi.
CR : Adik pandai masak nasi ker. 

Dia terus basuh periuk tu tanpa hiraukan CR

CR : dik, biarlah akak buat. Adik gi depan.

Tapi dia tetap tak hiraukan CR

CR : dik..biar la akak buat. Nanti akak masakkan nasi. Adik gi tukar baju dulu. Nanti kotor plak susah nak basuh.
(padahal CR dah rasa bersalah sebab lupa masak nasi)

CR pun terus pegang dia suruh dia membelahkan diri dari dapur
Dia dengan muka happy terus keluar dari dapur tukar baju.

Malam nya pula jam 8.30 malam

Umi duk tengah Lipat kain. dia pun datang duk depan umi. ambik baju dia,nak lipat sendiri. Tapi dia tak reti.

Ajan : Umi, macam ni ke? BEtul tak Ajan buat

Umi buat tak tau jer. Tapi dia terus lipat kain. Time tu CL tengah ngadap laptop CR duk minum air. 

CR : DIk, meh la akak ajar macam mana.

Then CR pun ajar dia cara lipat baju dia dengan betul


Ajan : Umi..tengok ni..ajan dah pandai lipat baju.


*p/s : tak sampai hati tengok dia buat sendiri tanpa minta bantuan. Patutnya CR biarkan jer dia nak tengok pandai ke tak.

Thursday, February 10, 2011

Kawan Baik Saya

Selamat Pagi CIKgu ( Versi Upin Ipin )...
Tiba CR Dapat Idea Nak wat entry
TGk BLog CL Tadi
CR Baca dengan penuh Feeling ( Betul Tak SG )
Sekarang Masing-masing dah masuk alam Pekerjaan
Bagi CR agak mencabar la jugak
Yer la Tiap-tiap hari kerja dengan manusia..bukan kertas atau mesin..kena banyak main dengan emosi. lebih2 orang sakit. lagi la sensitif. kena jadi seorang yang penyabar dan cool. Dulu Time Mula-mula masuk nursing, tak tahan gak. tapi kuatkan semangat. Biasala Zaman Student dulu asyik kena suruh je. Sampai nak tercabut kaki dibuat nya. Balik Kerja dah letih. Tak leh nak gi Mana2.



Ni CR panggil dia Bai. Sebaya dengan CR and masih single and available. Nama Sebenar Dirahsiakan. Nanti korang cari Kat FB dia haru jadinya ( perasan la plak ). CR Kenal dia time CR blaja Kat UiTM Jengka Tahun 2007. Kami sama-sama ambik DIp In Wood Technology. sempat la 2 sem. CR tak tau plak dia apply Spa8. Bila masing-masing nak gi nursing baru tau. Tapi berpisah utk 3 tahun. dia tercampak kat Kuantan. CR melayang-layang sampai ke Terangganu. Mungkin Jodoh kami panjang. Heheu. Dia pun dapat kat HKL. BIla dia tau je dia dpt HKL terus call CR. Dia ni mana leh pisah dengan CR. Macam mana sekali pun dia nak gak duduk 1 rumah dengan CR. Nasib baik memang kami dah janji 3 tahun lepas. Kalau dapat tempat sama kita duk umah sekali. Hehe. Terharunya ada kawan yang sentiasa ingat kat CR

Ore KB Mai KL
*Jangan Marah ye Bai*
(jangan kacau dia)


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Then Bila Masuk Nursing kat Terengganu. Cr jumpa lagi orang yang sudi kawan dengan CR. Nama Sha@Intan. Nama Penuh juga dirahsiakan. Dia NI pun Masih Single and available. DIa Muda setahun dari CR. MUla-mula masuk sana orang tak tau pun CR ni dah tua sikit..hehehe. Ada tu yang nak habis blaja baru tau umur sebenar CR. Awet Muda katakan. Hehe. DIa seorang yang sangat la baik hati. Setiap kali exam kitaorang belaja sama2. time tu kitaorg duk 1 bilik setahun. bila tak sebilik pun kitaorg selalu kuar sekali. Kalau CR tengah pokai dia la yang selalu jadi banker (bukan paksa dia yang sukarela). Waktu Mintak posting tu, CR tak tanya pun dia mintak mana. Alih2 bila tau jer result posting dia pun dapat HKL. Dia pun nak duk sekali dengan CR. So kami 3 orang jadi housemate. Hehe. HArap Sha dengan Bai takde dengki kerna dapat CR yang comel and baik hati ni. CR selalu gi umah dia. Family dia semua dah kenal sangat dengan CR. SO, family dia tak la risau sangat bila tau dia duk dengan CR.

Dari Kuantan Ke KL
(Adoi..tak sempat nak senyum)
Tapi still comel kan

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Suria. Sebaya dengan Sha. Dia mula jadi kawan baik CR sejak 2009. TIme CR 1 bilik dengan sha dia selalu datang blik kami. Walaupun DIa kawan baik CR tapi dia dengan sha hanya sekadar kawan biasa. Sebabnya di rahsiakan. Then tahun 2010 ada rombakan pertukaran bilik. Jodoh CR dengan dia katakan. CR dapat bilik sebelah bilik Suria. Kalau dia tak kuar dengan CR maknanye dia duk dalam bilik je. Tak kuar mana-mana. Dia ni bab shopping no 1. CR suka kawan dengan dia sebab dia jenis tak kisah. Tak berkira dengan CR tapi dengan orang lain dia berkira. Kenapa ek?(thingking). Kalau dia nak kuar makan kat luar di tambah plak dengan CR tengah pokai. Dia la selalu  jadi Banker CR. Kami TOng tong La kan. Sebab tu dia tak berkira dengan CR sebab CR pun macam tu. Tapi yang sedihnya. Dia dapat kat Selangor walaupun tak jauh tapi CR berharap sangat kami dapat duk sekali. Dia Suka la sangat dapat sana sebab BF dia katt sana. I Miss U mucH Dear! 

Dari Mentakab Ke Selangor
(kompen tiap2 minggu dia ajak CR gi Shopping)


*p/s : Sape nak masuk dalam entry CR..Boleh la jadi kawan Baik CR mulai sekarang...

Tuesday, February 08, 2011

Tahniah Untuk Teman


Hari Ni CR mulakan dengan hati yang gembira + berdebar. Semalam FB CR and teman-teman kepoh.
Yer la. Kami duk tunggu tarikh posting dari akhir January. Secara rasminya memang tak keluar lagi. Ni dara-dara sorang teman CR call KKM tnya tempat posting. Pastu semua berebut call KKM. dari pagi sampai ke petang CR call. Dalam Call 3 lebih baru ada orang nak angkat. TAlian KKM busy semalam gara-gara kami call.

Bila masing-masing dah tau ada yang sedih ada yang suka sebab dapat tempat yang dia nak. Yang CR kesian kawan CR tak mintak kat Negeri Sembilan tapi dia dapat sana. Mingkin sebab N9 lagi dekat dengan rumah dia kot. Ade yang mintak Sabah tapi tak dapat. Dapat tempat yang diaorng tak pilih.

Dan CR dapat tempat yang CR nak. Alhamdulillah. Bakal Berkhidmat untuk Hospital Kuala Lumpur. Senang la lepas ni CR nak gi gathering dengan blogger. Anyway tak berharap sangat dapat sana. CR harap dapat area Selangor. Tapi nak buat macam mana. Maybe rezeki CR kat HKL.

NOw, time to search house to rent. Ada sebab kenapa CR tak mau duk hostel.

*p/s : Walaupun mungkin lepas ni CR tak aktif berblogging, tapi harap kita Still keep in touch geng BCR

Sunday, February 06, 2011

SyedGraphix Yang Baik Hati


Kenapa sejak akhir-akhir ni CR rajin update blog ye...
Sempena hari dan mood yang baik ni
CR sudah tukar header and yang penting CR dapat banner besday dari SG
TQ so much
Tadi dah review blog JT
Ni nak review blog SG plak

Nama dalam Fb beliau Syed Hakim Al-yahya
SG muda lagi kot...hehe..nak tau umur kena tanya tuan nya sendiri
Dia ni 1 sekolah dengan CL @ adik CR
Kenal dia pun kat dalam BCR
CR tak tau pun yang dia ni budak sekoalh adik CR
Anyway Nice to know him

CR rasa dia pun baru dalam dunia blogger ni
Tapi tengok la dia punya Blog...
cantek giler
CR memang suka tengok blog dia
sejuk mata memandang

Follower beliau setakat ni sudah mencecah 1000++
Ramai peminat tu
Maklumlah yang dalam BCR semuanye peramah belaka
Sampaikan CR dapat gak banner besday dari beliau
Tq sangat SG
Kamu memangnya baik hati
CR tempah khas seminggu sebelum besday
(harap SG tak merungut)
Nak tengok tak banner tu
Mesti korang jeles
Jap ek

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

1.png (697×387)
Only For My Besday

Jejaka Terhangat Memang Best

Jejaka Terhangat
JT

Entry Khas Untuk JT
Nak saya TQ bebanyak
JT telah menyebabkan Traffic Source CR meningkat
Semalam CR join JT Nak Bagi Backlink
JT kata dia nak 100 jer...
Tapi Pagi ni CR cek ada 1508


Alang-alang dah cakap pasal JT...
Mai nak review blog dia
CR kenal JT kat dalam BCR
Mula-mula tengok CL duk chat dalam tu
Tanya dia Benda apa tu 
Dia kat chat room
CR pun join sama
Kat situ la CR mula kenal JT
Anyway Banyak CR tak tau pasal dia
Tengok FB dia pun dia just letak tarikh lahir  dia je(CR baru jer add dia tadi)
Tua setahun la dari CR..hehehe
JT memang sangat peramah dah berbudi bahasa
Ditambah plak dengan terkenal dikalangan blogger
(sape tak kenal JT, CR sepuk karang)
Tapi kalau COntest yang di buat memang CR tak join
Sebab CR tak pernah menang mana contest



Nama beliau pun CR tak tau sebab semua social network dia letak nama JT and pict tangan berapi tu


Fan Page dia punya banyak gak 

CR pun dah Like dia

Follower dia dah beriban..kan dia Jejaka Terhangat..mesti lah beriban kan

Followers (1543

*p/s : Mai kita pakat singgah kat blog JT

Saturday, February 05, 2011

Happy Birthday To Me

Sweer 24th...
(sweet lagi ke?)

Hari ni umur CR genap 24 tahun
Dah tua ke?
Tak tua sangat kot..
Muda Lagi ni
CR kan budak sekolah lagi..
Selepas selesai Tasmi' dengan umi
CR on la FB
Banyak plak notifcation eish besday
terharu plak Rasa
Macam-macam tahun lepas
Tiada hadiah atau cake
Satu2 nya yang bagi hadiah setiap kali besday CR ialah kawan baik CR
Cik Suria Devia
Hajatnye Hari ni nak buat kek coklat moist untuk diri sendiri dan dihidangkan untuk adik-adik
Semoga Tahun ni memberi perubahan dalam hidup CR
Dan tahun ni mahu tamatkan zaman bujanh CR
Nanti dah tua anak kecik lagi
Tak best la macam tu kan..

*p/s : Tengah tunggu hadiah..Kot ada orang nak bagi...

Friday, February 04, 2011

KebosanAn Yang MeLampAu

HUhuhu..
MAsih Sopan
Bertukar Menjadi KatAk

Tadi kami sekeluarga mendapat Jemputan dari KAwan Abah n Umi
Ada WAt makan-makan sikit
Katanya MAjlis kesyukuRan
Lama dah Rasa TAk pergi Majlis MAcam tu...
Rumahnya tak jauh pun
Jalan 5 minit dah sampai
TApi malu plak nak jalan sebab pakai lawa-lawa
MAcam nak gi beraya umah orang pun ada
Balik dari rumah beliau
Tiba-tiba datang idea gila-gila 
"Jom Ambik Gambar"
Huhuhu..


10 kali ambik baru jadi...

Tak Cukup Sorang....

Anak Dara In My Family


Contest Kami Pose COmel



Thanks to CIk Lily sebab tag CR
Actually CR takde kot gambar yang pict yang comel dengan kawan2
tapi apasalahnya mencuba
Kalau nak tau lebih lanjut tentang contest ni
Sila ke Blog Tuan Tanah : Amni
Hadiah dia lumayan tu....

Apple IPhone or RM100 + Topup RM50

Syarat nye...kena follow blog beliau tapi tidak dipaksa....dan kena la wat entry pasal pict paling comel dengan kawan-kawan.

Jap CR nak cari

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Dah Jumpa

Gambar ni je kot yang ada dalam simpanan CR
Sebab CR join COntest ni...CR telah Di tag oleh Cik Lily dan rasa nya dah lama CR tak join contest. Teringin gak nak pegang Apple IPhone tu

Tag secara random kepada rakan-rakan CR

Thursday, February 03, 2011

Main MAsak-masak

Salam 1 Malaysia
Rindu la nak Sembang kat BCR
NI gara-gara laptop buat hal
Tak leh balas comment...Tak leh BW..
Boleh Post Entry Kejap-Kejap je..
Kali ni CR nak kongsi sikit
Dari pagi tadi duk pikir nak buat apa untuk anniversary my parent..
Last kami dapat idea nak wat Spagetti And Chocolate Moist Cake
SPagetti tak sempat nam ambik pict...sekelip mata je dah habis..
Tapi yang best kat SPagetti tu Meat Ball
Petang tadi duk cari Meat Ball kat pasaraya tak de ( tak tau la samada tak de atau tak jumpa )
Last CR ambik keputusan wat meat ball sendiri

Daging Kisar + Tepung Beras pastu uli  then wat bulat-bulat..CR masukkan meat ball dalam Prego..Sedap...rasa nak makan lagi...tapi tak sempat nak ngulang..

Then Moist Cake tu...CR kukus lagi sedap kan..
Yang silapnya..CR guna api kecik...
Ada la 2 jam baru masak cake tu...
Tapi seriously sedap cake tu
Kali pertama buat terus menjadi
Time cake tu nak masak
Bau cake tu menusuk ke hidung
Tak sabar nak makan
Actually biasanya CR buat cake biasa je n bakar bukan kukus
Then guna tepung kek coklat yang dah siap
Disebabkan tepung tu takde kat sini
CR ambik inisiatif nak wat sendiri
NAsib baik menjadi
Apa guna internet kan
CR duk kelebek internet....
Baru dapat buat kek yang sedap

Jeng Jeng Jeng

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Resepi ni CR ambik kat MyResepi

Kalau tengah lapar ni...tambah plak kek ni baru masak...bau kek ni betul-betul wat CR lapar

*p/s : menu untuk main masak-masak esok ialah chicken chop




Wednesday, February 02, 2011

Mesut Kurtis ft. Maher Zain - Never Forget

Sedang kusyuk tgk cite SpiderMan 3 kat Astro AXN 
Tiba2 CR dihidangkan dengan halwa telinga yang sungguh menyentuh hati

CR : Paiz...lagu apa tu...sedap la...
Paiz : Lagu Maher Zain la..
CR : Lagu baru ke? Tak pernah dengar pun
Paiz : A'ah...Lagu baru...

Apa lagi...TErus dapat idea nak wat entry
CR dah terpikat dengan suara dan lagu MAher ZAin
Macam mana ni..
KOt tak leh tidur malam
HAru jadinya

Jom Layan Lagu
Buat Dodoikan Anak ni kompen tidur nyenyak



Never Forget


Penting Ke FanPage untuk Blogger?

**Shortt Entry**

*
*
*
*
*
*
*

As salam semua
sebenarnya CR dah blank nak wat entry pasal apa
Tadi Saje BW kat blog AdamaXis
Terbaca pasal entry baru dia
Then ada sikit dalam diri CR nak try
Orang nak buat kita pun nak
"suka CR la nak buat apa pun"
*dalam hati je yek*
Anyway sesiapa rasa dia sayang CR
boleh klik kat fan page CR
mana la tau kot ade blogger yang dah limit nak follow orang...boleh klik kat fan page..hehehe

*p/s : tq to Adamxis sebab dia dah tolong CR like fan page..(tq for your support)

Tuesday, February 01, 2011

Pelanggan Tidak Puas Hati Dengan Perkhidmatan Kerajaan


CR dapat berita ni semalam
Mula-mulanya buat tak endah je
Tapi Bila hari ni baca semula
Ada la terasa sikit dengan kenyataan rakyat
walaupun CR tidak terlibat
Sebab apa terasa??
Yer la..CR kan orang kerajaan
walaupun bukan salah kita
Tapi memang kena tempiasnya
Pedih mendengar sebab CR orang muda

Pelanggan merungut tentang layanan di hospital kerajaan
Hospital mana??
mana leh bagitau??
hehehe
Memang ada sesetengah yang bersifat tidak berperkemanusian
Saya akui tu...
Kadang-kadang CR pun kena macam tu
Tapi sebagai pelanggan kita patut ambil inisiatif lain
Kenapa pelanggan tak cakap terang-terang kat petugas tu kalau betul tak puas hati
Bukan nak malu kan dia
daripada duk merungut baik cakap depan-depan
Apa yang dapat kan?

Tau tak sebenarnya petugas akan layan kamu dengan baik kalau diaorang nampak kamu macam educated
erm..contohnya...hari tu CR ada pergi ikut umi dengar sesi ceramah kat hospital tersebut. Misi tu sampai takut nak tanya saya sebab dia takut soalan yang saya keluarkan dia tak dapat jawab. Sumpah dia tak tanya CR sampai habis sesi. padahal CR duk depan sekali. Mak cik yang duk sebelah CR tu banyak plak dia tanya. CR sampai pelik dan tunggu bila misi ni nak tanya. 

Berbalik pada cerita tadi..
Dia ni duk kutuk-kutuk petugas tu
memang la takde kaitan dengan CR
tapi kenapa dia tak cakap je depan-depan doktor tu
memang kadang-kadang CR pun panas hati dengan orang macam tu
sebab dia tu macam budget best je jadi doktor
Ade tu yang tak tau langsung jaga hati dan perasaan pesakit
Tapi setakat CR duk kat HSNZ tu...
takde lagi komplen macam ni
sebab semua takut kat Ketua Jabatan
kat tempat lain CR tak tau la
 Sesiapa yang tak puas hati dengan perkhidmatan hospital kerajaan
boleh mengadu kat laman web KKM
lagi senang..
kalau nak sangat kenakan petugas tu
ingat nama hari apa pukul brape,,
kalau sempat tengok no daftar dia lagi bagus
habis cerita...

"Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...