Tuesday, November 16, 2010

AkRabnYa MereKa - Coko & IbaD


Aku Sibuk Tengah Masak Kat Dapur Dengan Icom And Yaya
Nak raya la katakan
Nama pun anak dara
kena la balik awal tolong umi masak
Duk sibuk tengah kupas bawang

Umi : Ibad demam ke?
Ibad : (senyap je..tak bersuara)

aku paling tgk kat blakang
rupanya dia duk tidur atas sofa kat dapur
kesian aku tgk dia..
entah ye demam aku pun tak tau
tiba2 selepek je aku tgk
dah siap kupas bawang aku pun gi la dapur nak tgk ayam atas dapur apa cer
paling tgk gak la si ibad ni keadaan dia
paling mengharukan
Coko macam tau je tuannya tgh tidur
dia sibuk duk melepak tepi ibad
tgk la..sampai berpegangngan tangan
tak leh lepas




AkhirNya----

Letih gila..
Baru tiba di Jerantut
RIndu wooo dah lama tak baliik
tadi si faiz ambik dua temerloh...
then pastu gi la ambik adik2 aku yang semuanya sama besar dengan aku
3 orang anak dara tu..
sekali diaorang punggah barang melebih aku yang duk jauh ni 
susun barang sekali beg aku yang dua biji kecik tenggelam
tak nampak dah
my mom dah berapa kali call bila nak sampai
bukan apa...
sebab tak sabar nak rehat guyang kaki 
sebab anak dara semua dah balik 
meriah hari ni
sebab semua adik beradik aku yang 15 orang ada kat umah
esokkan raya...
seronok...
walaupun cuti seingkat tapi bermakna sebab dapat kumpul ramai2

Salam AidilAdha

Thursday, November 11, 2010

~~LetIH...kakI Aku dah JeM~~

Hari ni aku balik lewat sikit...
letih doh..
naik lenguh kaki ni...
masuk je keje...
kami 5 orang terkejut beruk
(beruk pun tak terkejut macam ni)
mak aih....ramai gile budak-budak
sampai ke extension bed..
kesian gile.....
ni tak termasuk lagi yang admission...
gila la..
asal nak ambik observation je....mula dah perangai masing2...
nampak je aku n the geng....dari jauh lagi dah melaung 1 wad...
Berderet 4 katil budak-budak menangis.....meriah gile wad
sampai aku jadi sakit kepala dengar diaorg melalak...
mau pekak telinga gue gara2 dengar budak melalak kat telinga gue...
padahal bukan saya pegang jarum pun...
pegang bp cuff je pun...
tapi dek sebab sudah dilahirkan dengan kesabaran
hehehe....aku buat dek je...
buat pekak kan telinga...buat tak tau je diaorang menangis..
pastu bila balik rehat aku tengok beratur panjang...
hangin 1 badan..tapi sebab lapar kena gak makan....

*p/s : boleh dah aku jadi ibu mithali....huahuahua

Tuesday, November 09, 2010

Nurses...!!


Dalam bidang penjagaan kesihatan, jururawat adalah seseorang yang bertugas sebagai penjagaan profesional. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.
Jabatan kejururawatan adalah [plan penjagaan jururawat, plan penjagaan], kadang-kadang memerlukannya bekerjasama dengan ahli fizik, ahli terapi,pesakit, keluarga pesakit dan rakan sejawat.Di united state dan united kingdom,[latihan kejururawatan], seperti [pakar klinik kerujurwatan] dan [jururawat terlatih],diagnosis masalah kesihatan dan menentukan [pengubatan]dan lain-lain terapi.jururawat akan membantu koordinat membantu menjaga pesakit yang dijalankan oleh ahli kesihatan yang lain seperti ahli terapi, pembantu perubatan terlatih, pakar pemakanan dan lain-lain. jururawat akan menyediakan segala tugasan antara satu-satu jabatan contonya seperti dengan ahli terapi dan pakar jururawat.
Pada zaman maju sekarang, jururawat bukan hanya perempuan malahan di negara-negara lain, terdapat ramai jururawat lelaki. Dan di Malaysia, fenomena ini telah kelihatan sejak 5 tahun yang lepas di mana terdapat jururawat lelaki di Kolej Kejururawatan dan Universiti Tempatan yang menawarkan program Diploma Kejururawatan dan Ijazah Kejururawatan.
Semasa saya kecil dahulu, saya memang mengelakkan diri dari bercita-cita untuk menjadi jururawat kerana kemungkinan besar setelah mendengar berbagai cerita orang-orang tua yang menganggap kerjaya jururawat ini adalah kerjaya “low class” atau kerjaya pilihan terakhir dan kemungkinan besar tidak mahu bermenantukan seorang jururawat.Kemungkinan menurut mereka kerjaya jururawat yang bergelumang dengan najis pesakit, darah, nanah, muntah dan air kencing pesakit amat menjijikkan.
Dan pada pemikiran mereka, jururawat-jururawat ini berpelajaran rendah dan berperangai “ala-ala gedik”. Kemungkinan memang berlaku mereka yang gedik tetapi tidak semua berperangai sedemikian. So pemikiran sedemikian lah yang patut diubah.
So dengan perededaran zaman menuju teknologi baru, pemikiran manusia juga perlu diubah. Persepsi mereka juga perlu diubah menjadi lebih luas dan terbuka.Dan pada zaman ini, kita dapat melihat Kolej Kejururawatan tempatan dan swasta telah banyak ditubuhkan ibarat cendawan tumbuh. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kolej tersebut kerana menurut satu kajian, kerjaya jururawat pada zaman sekarang adalah kerjaya demand yang paling ramai samada di dalam dan luar negara. Gaji yang ditawarkan juga tinggi dan ditambah dengan elaun kritikal yang mereka terima.
Sekarang, setelah saya berada di alam kerjaya, saya dapat melihat kerjaya ini semakin diminati ramai dan permintaan jururawat Malaysia untuk bekerja di luar negara juga bertambah. Pada masa sekarang, jururawat Malaysia ramai yang bekerja di negara Timur Tengah seperti Arab Saudi,Qatar, Abu Dhabi, Dubai dan Bahrain dan gaji yang ditawarkan adalah bermula dari RM9000 ke atas bergantung pada jawatan seseorang jururawat.
Pada masa yang sama, Malaysia masih mempunya masalah kekurangan jururawat dan terpaksa mengambil jururawat dari Filipina dan India. Ini kerana, tawaran gaji yang lumayan yang diterima diluar berbanding di Malaysia. Untuk mengelakkan negara mengambil jururawat dari luar, kerajaan perlu meneliti semula tangga gaji jururawat di Malaysia untuk mengelakkan penghijrahan beramai-ramai jururawat ke luar negera.
Artikel ini saya ambil dari seseorang...pada asalnya bidang kejururawatan diada langsung dalam kamus hidup saya...dan saya tidak terfikir untuk berada dalan bidang ini. Mungkin tuhan dah tentukan ini lah jalan cerita hidup saya.
Tapi sekarang saya jadi tak sabar untuk bekerja di luar negara. Bukan semua orang bertuah untuk bekerja di luar negara dengan gaji yang besar. Tapi apa pun niat saya pergi kejap tiap-tiap hari perlu dibetulkan...

Saya kena ikhlaskan hati dan betulkan niat saya untuk menjaga dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pesakit-pesakit saya. Bila fikir semula, ada ke tak orang lain yang bukan dalam bidang jururawat ni sanggup buat kerja macam kami...rasanya ada yang hilang sabar. Maklumlah kami menjaga orang sakit, bukan orang sihat. Faham-faham jer la kalau jaga orang sakit ni. Macam-macam ragam. Lebih-lebuh lagi pesakit yang langsung tiada kudrat untuk mejaga diri sendiri...kami kena mandikan mereka, basuh najis mereka kalau kotor. 

Tapi saya dapat manfaat bila saya ambil bidang ini. dan saya rasa saya tidak salah memilih kerjaya hidup saya. Saya tak perlu risau tentang orang tua saya, atau mungkin anak dan suami saya jatuh sakit nanti. sebab saya tahu macam mana untuk menjaga mereka. 

*p/s : tiba-tiba rasa manusia paling bertuah..=p


Monday, November 08, 2010

Dot! Dot! Dot!

Sehari tak update blog saya

mesti blog ni tertunggu kehadiran saya ...
ni nak cerita...

kisah ni ada la 2,3 hari lepas....
kawan2 gua rata2 semuanya telah menghilangkan diri awal pagi lagi...
saya duk sidai kain kat ampaian diaorg dah duk siap nak outing
al-maklumlah masing2 dah habis exam final...
apa lagi.....enjoy la...

jauh gak la diaorg merayap sehingga mengambil masa 2 jam perjalanan saya kira
gara0gara nak tgk wayang...
hehe...tak pun sebab kali terakhir di sini..so masing2 ambil kesempatan nak pergi sana
yer la..takut tak datang la ke TERENGGANU tercinta ni

tapi saya mlm tu berada di sebuah tempat
sedang menikmati  makan malam dengan prospect
tiba-tiba prospect tanya saya
"Kenapa tak ikut kawan2 pergi sana?"
Malu la plak nak jawab..
"Malas la nak ikut.saje tak nak pergi"
Prospect pandang saya dengan wajah yang hairan.
Buat2 lupa plak dah dia ni
Padahal sebenarnya prospect telah berjanji dengan saya untuk bawa saya ke sana 
sedih waktu tu dia tak ingat..

kalau saya tau prospect tak ingat....dah lama saya ikut kawan2 pergi di tempat yang dia telah janjikan pada saya
mungkin sebab nak pujuk hati saya ni...prospect bawa saya 1 tempat baru di sini
terubat jugak la walaupun sikit....
Lawa tempat tu....tapi disebabkan kamera takde..so...tak dapat la saya tunjuk tempat tersebut...

Next time saya upload pict tempat tersebut



Saturday, November 06, 2010

--Muhammad Al Fateh--

Mulanya saya tak tau pun siapa beliau...
sumpah tak tau
sehingga la satu hari adik saya guna kan nama ni utk FB ni
sedap nama ni dan bagi saya unik
rupanya abah saya beli buku ttg beliau
Sultan Muhammad al-Fateh

Saya nak kawan-kawan semua tahu dari mana saya dapat nama 
Al=Fateh
Jadi takde la tertanya2 lagi dari mana saya dapat nama ni
sebab rata2 pelik kenapa kami adik beradik guna nama ni dalam FB kami semua

Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.” 

Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung. 

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani. 

Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya. 

Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh. 

Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu. 

Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik. 

Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya. 

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan. 

Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid. 

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana. 

Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka. 

Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.




PurPLe ~ UngU


My Caller's Ringtone



ni lagu caller ringtone's...dah lama dah aku wat tapi pelik gak...kenapa aku wat lagu tu ek..sampi sekarang ade lagi...sayang plak nak delete....ade movie maker gue yang letak lagu ni...terharu beb....lagu ni kalau perhati betul2 ibarat mcm "sesuatu"

*p/s : kepada  Falah Al-Fateh n Fiezah Al-Fateh cuba korang hayati lagu ni...ade tak macam   kisah aku...hehe..kalau korang kate ye...memang korang my siblings yang paling sejati n sehati sejiwa...wakaka

kaU ILhamKu~~~



Lagu ni gue minat gila..tak tau kenapa...dari kecik sampai la sekarang...tadi gue dgr kat HotFm...
bukan sebab minat Man Bai pun...Bukan sebab lagu tu memberi makna apa-apa kat gue...cuma mungkin muzik dia n lagu dia mcm tu kot....

*p/s : Enjoy It!!

Friday, November 05, 2010

Mana Lagi Sekeping Hati Saya~~~~Siapa ambik....


"Jika benar kamu sygkan dia..maka lepaskannya..jika dia kembali padamu..maka dia adalah milikmu..jika tidak..dia  bukan milikmu..♥"

"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya..."

‎"Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati..." ♥

BUkan Sebab Saya putus cinta...tetapi artikel ni menarik sebab ayat yang saya merahkan tu....
pada sape ye sekeping hati lagi....

13 November~~~

RIndu kat Dia
Dah Lama dia pergi
Dulu time saya kecik
saya Rapat dengan dia


Nama Dia Salan Bin Kadir
Kalau dia masih ada...
13.11 ni genap umur dia 82 tahun...

Dulu setiap kali cuti sekolah saya akan duduk di kampung sampai la cuti habis
atok selalu bawa saya jalan2 naik motor dia
kalau nak gi pekan beli barang
saya akan duduk di bakul motor
dan Nyaie saya sebagai pebonceng di belakang...
Dulu dapat duit raya raya dari dia semua nya duit syiling...
hehe..sekarang budak2 kecik pun dah tak pandang duit syiling
demand nak duit kertas...
tapi sekarang dia dah takde...

saya ingat lagi dan sampai saat ni saya terkilan sangat2
kalaulah saya dengar kata2 umi saat tu
Masa tu kat Hospital BEsar Segamat
"Ain, tak nak cium atok ke? Mana tau lepas ni Atok dah takde. Tak boleh nak jumpa dah"
Saya ingat umi main2...time tu saya rasa malu sangat nak cium atok...semua orang pandang saya..
Rupa-rupanya atok betul2 takde

SAat tu saya masih belajar di Maahad Muhammadi Lilbanat, KOta Bharu
Saya call family guna public phone depan hostel saya 
Saya tanya Abah, Nak cakap dengan umi
Abah Kata
"Ain, awak tak tau ke Atok dah takde. Umi ada kat Bekok"
saat tu juga saya nangis...dalam telepon..mungkin abah terkejut sebab say atak pernah macam tu..sedih macam mana pun saya saya takkan tunjuk depan Abah.

Atok Pergi pada 6.6.2001 pada umur 73 tahun

Saya terkilan sangat sebab tak dapat cium atok
saya sedih sangat sebab say ala orang last yang tau tentang kematian dia
saya menyesal sangat sebab saya tak dapat tgk dia untuk kali terakhir 

*p/s : rindu kat arwah atok...menitis gak la air mata time buat benda ni

My Sweet Moment!

Pagi2...bangun on fb
Tgk FB Salan's Family di tag
pict saya waktu kecik2..
rindu gila zaman tu....
actullay...saya tak tau pun kewujudan gambar ni...

adus....lucu gila....muka tak bleh blah....time ni kecik takde la segan sgat nak ambik n pict dgn sepupu lelaki
tapi sekarang dah jadi Malu2 Kucing

Ni kat Sungat Bantang kot...kat kg saya di Bekok, Segamat, Johor
Time pak utih saya kurus lagi..mak utih still maintan sampai sekarang..
dulu kami 3 orang(girls in the picture) rapat gak kot...
yang saya peluk tu sepupu saya, kami panggil dia Ecah dah jadi Stuff Nurse pun sekarang, Saya...coming soon tahun depan..n tepi sekali tu Amalina, Sdg study kat UiTM...


Tapi bila dah besar semua segan n malu nak ambik pict sama2....yer la..dah jarang jumpa...setahun sekali...tu pun time raya....Bila lagi kan nak ambik pict macam ni...rindu tau

Wednesday, November 03, 2010

StupiD!


Geramnye Saya....
Hari ni "DIA" sudah menunjukkan belangnya
sakitnya hati...
ingat tak letih ke kemas bilik
masukkan semula buku-buku n fail2 dlm kotak lain...
letih tau x...elok je saya sudah membersihkan badan
Tiba-tiba plak datang rajin nak kemas kotak-kotak2 yang dah lama di packing
saya elok je kemas2..
duk raba la bawah katil nak tarik kotak 
tiba-tiba tangan ni rasa berpasir...
yark.....!!
geli tau tak..
rasa nak sama' je tangan ni
eee..saya memang tak leh tgk benda halus banyak2 depan saya
naik meremang bulu
saper suh dtg bilik saya pastu duk makan kotak bawah katil
eeee...dah tu ada plak sekor ni..
agaknye geram kot saya kacau tempat dia
gigitnya tgn saya 
sekarang tangan ni dah bengkak..ada rasa panas-panas sikit...
nanti tak pasal kena Anaphalytic Shock akibat gigitan anai-anai
sakit tau tak..
terjumpa pulak Betametaxone atas meja 
terus sapu..nasib baik dah surut
baru tau ana-anai ni kalau gigit sakit...sampai bengkak tangan saya dibuatnya
entah bila plak "mereka" ni menetap bilik saya
rasa nye "mereka" ni tak pernah ada dalam bilik saya
eee....nasib baik tak rosak buku-buku...
kot kenyang sangat makan kotak...tak sempat nak makan buku-buku...eee...
"Kamu PergiLah Anai-AnAI"

Manusia Macam Tu La~~~~

Salam kawan-kawan semua
Sebelum saya mulakan bicara
1 soalan untuk pembaca
Ada sesiapa terasa dengan penulisan saya
:-)
Ada saya kisah??
hehehe
Buat apa kita nak pikir ada yang terasa
Kalau macam tu tak hidup la Blog saya ni
Saya tidak tujukan kepada sesiapa
Tetapi masih ada yang terasa
Terpulang la...Buat apa nak pikir pasal tu
Buat pening Kepala saya je
Ikut dia la nak terasa ke apa
Janji niat kita bukan macam tu
Penting sangat ke dia sampai saya perlukan ceritakan hal dia dalam Blog saya
Tiada langsung Kepentingan untuk saya
Yang pentingn Saya akan tulis apa yang saya rasa
Bukan sebab nak malukan orang
Takde pulak saya letak nama sesiapa
Padan la muka kalau terasa
Tu bermakna penulisan saya berkesan kepada pembaca
Walaupun sebenarnya tiada niat untuk ke arah tu
Tu la saya kata Manusia macam tu la
selalu prasangka terhadap orang lain
sedangkan tiada orang pun sebut hal tu
Istilah Paranoid sesuai orang yang macam tu
Mengikut apa yang saya belajar dalam subjek Psychiatric
PeaCe!

Tuesday, November 02, 2010

Kahwin...Biar Betul...~~

Saya baru  je berbicara semalam hal ni...
tup2 hari ni buka lagi
actually baru je lepas borak2 dengan my brother
dia pun utarakan hal ni pada saya
tua sanagt ke saya sampai orang dah mula sebutkan hal ni pada saya
Member saya pun baru utarakan hal ni
kalaui takde rm20,000 jangan harap nak kahwin
ye ke..?
Bak kata umi n abah
kahwin ini bukan untuk menyusahkan
kalau buat loan semata nak kahwin buat apa
tu namanya masih tak mampu
betul gak kan..saya pun memamg totally tak setuju dengan sesetengah orang
buat loan semata2 nak kahwin
pastu lepas kahwin mula la pening nak bayar loan
kan dah jadi satu hal tu
Teringat saya pada kawan lama saya seorang lelaki
lama kami tak jumpa
baru-baru ni saya jumpa dia semula
bangga sikit kawan saya tu dah boleh pakai kereta besar
cara dia macam dia dah berkerjaya
tapi rupanya..
kereta tu teman wanita dia yang punya
punya la berlagak dengan saya macam kereta tu dia punya
padahal motor pun takde
Saya tanya dia betul-betul ke nak kahwin sebab say akira umur dia masih muda
Dia jawab pada saya, nak kahwin macam mana duit pun takde
hehe....benci sebenarnya dengan orang macma tu
berlagak je lebih
tak faham kenapa dia perlu tunjuk semua tu sedangkan dia tak mampu
teman wanita ni percaya kan dia
terpulang la..nasib saya tak dapat lelaki macam tu
kalau tak merana hidup saya
Berbalik pada cerita saya
suggestion from my family
buat sekali majlis saya dengan kakak n adik saya
jimat belanja kata mereka
bila pikir memang la jimat
haha...tapi rasanya belum lagi kot...
sebab ada 1 lagi impian saya tak tercapai
Mahu mencari pengalaman kerja di luar negara 
Sanggup ke suami saya tu ikut..
hehe...
so...kalau nak kahwin kena ada ekonomi yang kukuh
jangan sampai berhutang gara2 nak buat majlis yang gah
Salam....

Seseorang???

Tiba2 diriku diselubungi misteri
ditujukan untuk seseorang
hehe
bila dah habis exam ni
boleh la pikir benda yang lain sikit
wa....
nak tau macam mana saya bercinta?
hrmm....
perluka saya war2 kan
takper kan kalau sekadar kongsi
saya tak suka jumpa dia lama2
membazir masa
baik saya duk umah tlong umi masak
banyak gak paedah nya
saya tak suka terlalu kerap jumpa dia
buat apa bosan tau tak
saya bukan jenis yang suka dengan kaum adam
baik saya keluar dengan kawan baik saya
lagi banyak benda boleh buat
sebab tu sampai sekarang saya masih begini
takkan ada lelaki yang sanggup terima syarat saya ni
hehe
Saje nak syare...
apa salahnye kan..
PEacE!

Selamat Sudah!

otak tgh blank
tak tau nak ckp apa
sebab diriku sedang menatap Pergilah Air Mata
Tak percaya saya sudah berjaya menempuh 3 tahun di sini
Rasa macam baru semalam melangkah kaki di sini
masih segar dalam ingatan saya
Umi, Abah n adik2 hantar saya di sini
betul kata umi
dia akan tinggalkan saya sehingga saya habis belajar
saya tak rasa terkilan pun
sebab dari kecik saya memamg di ajar untuk berdikari
kejap di sana kejap di sini
haha..
betul2 mengajar saya untuk hidup sendiri
dan saya berjaya menempuh hidup saya
memang saya tak kerja lagi
tapi sekurang2nya
saya tidak sia2kan hidup saya tanpa ilmu
saya tidak sia2kan hidup saya dengan kerja yang tak menentu
tak rugi cari ilmu
kelak nanti saya boleh beri contoh kepada anak2 saya untuk terus belajar
hmmm.......

Monday, November 01, 2010

WheRe is He??

Orang kata jangan stress time exam..
hehe
ade 1 lagi paper utk esok..
tapi saya ambik kesempatan utk berborak dgn My Reader
i dont want to talk about my exam
but, wanna talk about sumthing
Kenapa kan sejak akhir2 ni
saya selalu sahaja dengar tentang kahwin
Dah Sampi seru ke??
belum lagi kot..
saya tak jumpa lagi lelaki yang boleh dibuat suami
yang boleh didik saya dan anak2
semua yang saya jumpa tidak menepati citarasa saya 
bukan memilih
umi kata tak kisah la kerja apa
tapi asalkan cukup sembahyang
sungguh saya katakan
sehingga saat ni saya tak jumpa lagi lelaki yang macam tu
mungkin ada yang saya cinta tetapi 
untuk dijadikan teman sehidup semati saya saya takde lagi
diri sendiri sembahyang tak cukup
macam mana nanti dia nak bimbing saya dan anak-anak untuk jadi yang lebih baik
Masih ade ke lelaki muda seperti abah saya
walaupun kadang kala kami adik beradik merungut
tapi saya rasa itu yang terbaik untuk kami

Kalian jangan salah faham tentang penulisan blog saya pada kali ini
tiba-tiba ia terlintas dalam fikiran saya

Harap semua pembaca blog saya sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada say auntuk terus berjaya dalan hidup di dunia dan di akhirat
Manusia banyak buat kesilapan
Sentiasa menunding jari dan saling menyalahkan orang lain
sedangkan diri sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki
Jadikan setiap apa yang berlaku sebagai satu teladan

salam ukhuwah dari Rose
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...